Tuesday 21 June 2011

Masalah yang sering dihadapi.....

Assalammualaikum.....bila dah start ber Blog ni...malam tdo pun dok teringat jer..apa nak tulis yer..hehhehe

Hari ni, saya nak tulis mengenai masalah yang sering saya hadapi sebelum dan apabila nak menyiapkan sesuatu akaun. Post2 saya yang sebelum ini mengenai Kepentingan Akaun dan Basic of Accounts yg saya Google harap dapat memberi sedikit maklumat yg asas tentang apa itu akaun dan kepentingannya.

Kebanyakan biz owner..x kisahlah Enterprise atau Sdn Bhd..selalu terlepas pandang tentang pentingnya akaun ini..lagi2 kepada Syarikat Enterprise. Sebab syarikat Enterprise ni x tertakluk kepada undang2 untuk melaporkan prestasi kewangan kepada Pendaftar Syarikat, mereka hanya tertakluk kepada LHDN, iaitu untuk cukai pendapatan.

Mereka tidak sedar, untuk melaporkan cukai pendapatan mereka, mereka memerlukan Profit & Loss statement. Mereka seringkali mengabaikan resit2 pembelian, bank in slip, bank statement dan kadang2 chq butt entah hilang kemana.

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah sebarang bentuk perniagaan perlu menyimpan koleksi dokumen transaksi yang berlaku sepanjang tempoh perniagaan dalam apa jua bentuk samada original documents (resit, invois, bil dan sebagainya), book record (catat dalam buku) atau menggunakan komputer (softcopy). Contohnya, satu hari Abu membeli stok kad prepaid sebanyak 100 keping berharga RM 960.00 secara tunai untuk dijual. Abu seharusnya menyimpan bil tunai dari pembekal tadi atau mencatitkannya dalam buku belian atau memasukkannya ke dalam rekod komputer. Daripada maklumat transaksi inilah suatu penyata kewangan dapat dihasilkan seterusnya menjadi item penting untuk membuat pengiraan cukai pendapatan. Maklumat sedemikian perlu disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun, dalam tempoh itu, mungkin LHDN akan mintak untuk tujuan audit.
Begitu juga dengan syarikat yang berstatus Sdn Bhd. Peniaga2 ini juga lupa yg mereka tertakluk kepada Akta Perbadanan Syarikat 1965 dimana mereka perlu melaporkan prestasi kewangan yang telah di audit.
Lebih teruk lagi, bila dah sampai masa nak kena audit, barulah terfikir untuk nak buat akaun dan masa inilah orang2 seperti saya diperlukan..hehheheh...

Sudah pasti saya akan meminta dokumen yg perlu seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini. Dan kebiasaannya akan adalah masalah seperti x ada resit, x ada bank in slip n kadang2 lupa apa yg berlaku. Bila dilihat dalam bank statement ada duit masuk, mereka x tau duit masuk itu dari siapa dan untuk apa. Dari segi perbelanjaan pula, apabila setiap perbelanjaan tidak direkod dan resit tidak disimpan, mereka pun boleh lupa untuk apa duit itu dikeluarkan. Kebiasaanya, ini boleh di periksa melalu chq butt dan bank statement. Inilah masalah yg sering saya hadapi untuk menyiapkan akaun apabila maklumat tidak lengkap.
 

No comments:

Post a Comment